Search


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada...

  • Share this:


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penyokong Reborn.

Disini kami pihak Reborn berasa amat terkejut di atas post semalam di page Reborn. Mengenai status 3 pemain Loong Evilx dan Rynn kami sudah berbincang bersama-sama mereka selepas berakhirnya MPL MY/SG musim 3 tentang rancangan Reborn di masa akan datang tentang sponsor yang kami terima untuk Reborn dan semasa perbincangan tersebut mereka bertiga membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada Reborn.

Rynn : saya rasa saya nak quit daripada ML sebab Esport di Malaysia belum begitu kukuh dan tidak mempunyai masa depan jika saya teruskan.

Loong: Saya rasa tidak serasi bersama Reborn dan saya banyak dapat tawaran daripada pasukan yg lain.

Evilx: saya ingin focus utk live streaming sahaja.

Itu kata-kata pemain tersebut yg kami di pihak Reborn dengar daripada mereka dan kami hormat keputusan mereka tetapi kami belum sedia untuk membuat pengumuman rasmi di page Reborn. Setakat ini, itu sahaja yang kami di pihak Reborn boleh memberi penjelasan dan untuk penjelasan lebih lanjut anda semua bolehlah bertanya kepada mereka mengapa mereka membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada Reborn.

Pengumuman tersebut sebenarnya dibuat oleh Rynn (Daus Jamil) sendiri . Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka bertiga di masa akan datang.

Sekian Terima Kasih
-Admin-

#rebornizer
#staystrongreborn


Tags:

About author
not provided
Official Facebook Page for Reborn Esports. Stay tuned for more updates! Follow our instagram @rebornesports.official
View all posts